Monday, July 27, 2009

BENGKEL PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PMR

Pada 25 Julai 2009 bertempat di MRSM Kuantan, telah diadakan Bengkel Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) PMR bagi guru-guru subjek Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Bahasa Arab Komunikasi, Sejarah, Geografi dan Kemahiran Hidup. MRSM Bentong telah menghantar 14 org guru ( 2 guru bagi setiap subjek) bagi menghadiri bengkel ini. Kebanyakan guru yang dihantar terdiri daripada guru-guru baru. Unit Kemahiran Hidup telah menghantar Cikgu Yazid (mewakili MRSM Pekan) dan Cikgu Asmma (mewakili MRSM Bentong).

Pendedahan yang diberikan semasa bengkel diadakan amat berguna bagi kami guru-guru baru. Terima kasih kepada En. Abu Talib b. Muhammad dari SMK Dato' Mahmud Mat di atas penerangan yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada MRSM Kuantan yang sudi menjempau kami ke sana.

No comments:

Post a Comment